Setelah PRK Hulu Selangor berlalu,maka banyak penganalisis-penganalisis yang mengeluarkan pendapat masing-masing berdasarkan kejayaan BN di Hulu Selangor.
So,aku tidaklah ingin membuat ulasan mengenai Hulu Selangor. Biarkanlah ia berlalu. Apa yang aku fokus kan sekarang adalah PRK yang akan diadakan di Sibu.
Macam menarik kerana melihat peratus pecahan kaum yang terbesar adalah orang cina. Dan pengundi-pengundi dari kaum itulah yang banyak mengundi PKR dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini.
Tetapi aku tidak la ingin mengatakan bahawa DAP boleh menang senang di Sibu sebabnya melihatkan bahawa mendiang Robert Lau telah memegang kerusi Parlimen Sibu selama 5 penggal!Lama tuuu...
Apa yang aku lihat disini adalah jika DAP hendak menang, maka Pakatan Rakyat perlulah bekerja keras untuk mendapatkan undi orang-orang Iban,Melanau dan orang Ulu.
Oleh itu, dengan kemasukan SNAP didalam Pakatan Rakyat baru-baru ini diharapakan dapat membantu PR untuk menang dalam pilihanraya kecil Parlimen Sibu ini.
Insyaallah berkat kesungguhan para pejuang Pakatan Rakyat, Sibu akan jadi milik kita!
0 comments
Post a Comment