Kenal malaon ni?Malaon ini adalah seorang nama calon yang tersenarai untuk bertanding sebagai calon untuk PRK Hulu Selangor. Tetapi namanya tak terpilih.
Satu je aku nampak orang-orang yang keluar PKR ini. Semuanya mempunyai alasan yang sama. Untuk malaon ini,alasan dia adalah:
Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.Nampak kan?Alasan yang sama. Tapi aku nak tanya malaon ini. Anda mengatakan tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Kenapa baru sekarang mahu keluar PKR?Kenapa anda keluar PKR setelah anda tidak terpilih sebagai calon untuk PRK Hulu Selangor ini?Sejauh mana pun penafian anda bahawa anda keluar bukanlah sebab kecewa,orang ramai dapat menilai bhai. Mengaku jela.
Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.
Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."
Apapun,aku rasa malaon ini akan bertanding untuk sebagai calon UMNO untuk PRU-13 di Hulu Selangor. Percayalah.
0 comments
Post a Comment