Mahadet turun padang tolong kempen BN

Posted by KuasaRakyat | 12:40 AM | 0 comments »


Ayyo,apa nak jadi. Mana maruah kamu wahai Mahadet? Bukankah puak-puak tu yang mahu kalung selipar dekat gambar lu?kahkahkahkah..



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan mengundi Ahad ini, supaya memilih calon BN.

Mantan perdana menteri itu berkata ini adalah kerana terbukti BN mampu membawa pembangunan dan perubahan ke kawasan mereka dan seterusnya memantapkan lagi taraf hidup rakyat di situ.

"Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah.

Beliau berkata negara telah mencapai kemajuan kerana pemerintahan BN, kerana pemimpin perikatan tersebut bekerja untuk kemajuan negara dan bukan untuk kepentingan individu.

"Bila kita majukan negara semua mendapat faedah dan ini terbukti hanya boleh dilakukan oleh BN," katanya.




Masih kah kau ingat?kehkehkeh..

0 comments

Related Posts with Thumbnails