Jawapan saya:
1) Tidak ada apa nak di hairankan apabila Lee Kuan Yew berjumpa dengan TGNA. Ini kerana TGNA merupakan Menteri Besar Kelantan. Justeru perkara-perkara yang dibincangkan adalah mengenai dasar-dasar kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan PAS. Sila baca dibawah:
Kebangkitan PAS turut menarik perhatian Lee Kuan Yew
KOTA BHARU, 14 Jun (Hrkh) - Kebangkitan PAS yang semakin hampir menggantikan Umno bagi mendominasikan kuasa politik negara turut mendapat perhatian menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.
Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini, hari ini bekas Perdana Menteri Singapura itu mengunjungi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim.
Menteri Besar berkata, pada pertemuan itu Kuan Yew ingin mengetahui hubungan PAS dengan Singapura seandainya suatu hari nanti parti tersebut menguasai politik negara.
Menjelaskan perkara itu katanya, PAS mementingkan keharmonian kehidupan dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
"Masyarakat minoriti di negeri ini seperti kaum Cina dan India diberi layanan yang serupa sehingga mereka dapat hidup dalam suasana harmonis," katanya ditemui pemberita selepas menerima kunjungan tersebut.
Menurutnya, menteri mentor negara jiran itu juga memberitahu Kelantan semakin pesat membangun dan bukannya sebagaimana dilaporkan sesetengah media sebelum ini.
Katanya, beliau mendapati bandar Kota Bharu begitu bersih, bukan sebagaimana yang digambarkan sebelum ini. Di samping kehidupan rakyat juga berada dalam suasana aman.
"Allah mencipta orang Melayu, Allah juga cipta orang Cina, India dan sebagainya. Oleh kerana itu saya pandang semua rakyat di negeri ini sama sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.
"Sesiapa yang berpegang teguh kepada jalan Allah akan mendapat balasan syurga tanpa mengira bangsa atau kedudukan, sebaliknya kalau dia bersalah dengan Allah walaupun keturunan Arab akan mendapat balasan neraka," ujarnya.
Pada pertemuan singkat yang penuh bermakna itu, Kuan Yew memberitahu antara tujuannya bertemu dengan Mursyidul Am PAS untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan.
Beliau juga berkesempatan melawat rumah ibadat masyarakat Buddha, dan menemui pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di sini.
"Saya pula menceritakan kepadanya antara negara pertama yang dilawati sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar ialah negara China. Ini kerana negara tersebut menerima Islam lebih awal berbanding Tanah Melayu.
"Saya juga menjelaskan Islam sejak awal lagi memberi kebebasan seperti hak beragama, beribadat, ekonomi dan berbagai lagi sejak awal lagi dan bukannya selepas PBB diwujudkan pada 1948," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, PBB yang bertopengkan hak asasi manusia sebenarnya hanya dikuasai lima negara kuasa besar dengan diketuai Amerika Syarikat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau berbangga menerima kunjungan hormat bekas pemimpin yang bukan sahaja dikenali di peringkat ASEAN, sebaliknya peringkat antarabangsa.
Pada pertemuan terbabit Kuan Yew juga menjemput Menteri Besar Kelantan mengadakan lawatan ke Singapura.
Pertemuan hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajaran, Ng Eng Hen dan beberapa pegawai kedutaan Singapura.
Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemani Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Dato' Husam Musa, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Dato' Mohd Amar Abdullah.
2) Berapa kali hendak diberitahu bahawa kerjasama antara PAS,DAP dan PKR adalah berpandukan kepada kaedah Tahalluf Siyasi iaitu kerjasama politik dengan mereka yang berlainan dasar tapi ada beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama. Antara perjanjian persefahaman itu ialah seperti menegakkan keadilan,kebajikan dan perjuangkan hak rakyat serta menjatuhkan kerajaan zalim. Jadi,ia hanyalah sekadar itu saja. PAS tidak akan bertahalluf dari segi ideologi dan dasar politik parti DAP ataupun PKR. Tetapi ada syarat-syarat yang perlu diikutu oleh PAS untuk mengikut kaedah ini. Inilah cantiknya perjuangan PAS. Segala dasar yang ingin dibuat kita akan rujuk semula kepada ISLAM samaada ia dibenarkan atau tidak.
Terbaru,kita dihebohkan dengan artikel yang ditulis oleh Kickdefella yang bertajuk "Perjanjian Syaitan". Diantara yang disentuhnya adalah berkaitan dengan kerjasama PAS dan DAP. Untuk menjelaskan dengan lebih jelas lagi berkenaan gabungan PAS dan DAP ini, lebih baik pembaca sekalian meluangkan sedikit semasa untuk membaca artikel di blog Al-Banjari. Beliau telah menerangkan dengan lebih terperinci apa sebabnya PAS mengambil keputusan untuk bergabung dengan DAP. Dan saya kira ia boleh dijadikan jawapan bagi artikel di Blog Kickdefella tersebut.
Dalam artikel itu juga,Kickdefella ada menyentuh berkenaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau telah menyerang TGNA abis-abisan.
Tetapi serangan beliau itu telah disambut oleh TulangBesi. TulangBesi juga telah mencabar beliau. Apa yang dicabarnya?Anda boleh ke blog TulangBesi@ untuk melihat cabaran itu.
Sesungguhnya perilaku Kickdefella persis dengan perilaku blogger2 UMNO. Tidak hairan lah beliau menyerang abes-abesan TGNA. Tidak mengapa. Kita lihat sejauh mana beliau boleh boleh berbuat begitu. Yang benar tetap benar. Yang batil tetap batil.
Sekian,Wassalam..

0 comments
Post a Comment