Fenomena penggunaan Facebook sedang melanda satu dunia. Hampir setiap orang mempunyai akaun Facebook. Di Malaysia sahaja penggunaan laman sosial Facebook merupakan yang paling popular sekali jika dibandingkan dengan laman-laman sosial yang lain seperti Friendster, Tagged, Myspace dan sebagainya.
Jika dilihat dari satu sudut, penggunaan Facebook ada kebaikan dan keburukkannya tersendiri. Eh,jangan risau. Saya bukannya ingin menghuraikan kebaikan dan keburukkan Facebook..hehehe.. Saya secara peribadi melihat Facebook merupakan satu cabang untuk kita berjuang menyatakan kebenaran dalam alam maya. Jika dulu, saya secara peribadinya menggunakan platform forum sebagai tempat untuk berhujah tentang politik tetapi sekarang tidak lagi. Saya lebih suka berhujah dan berbicara di Facebook.
Dan sudah pasti, dengan kemudahan Facebook sediakan bermcam-macam group telah ditubuhkan. Dalam konteks group politik itu sendiri, ada berbagai-bagai jenis group yang ditubuhkan. Ada yang PRO-KERAJAAN dan tidak kurang juga PRO-PAKATAN RAKYAT. Kesemuanya atas satu sebab yang sama iaitu ingin menzahirkan pendirian mereka terhadap parti masing-masing.
Tetapi yang membezakan antara group-group tersebut adalah isi perbincangan yang dibincangkan di dalam group itu. Bagaimana ahli-ahli di dalam group itu berhujah menyatakan pendirian mereka. Ada yang jenis berhujah secara fakta dan ada juga yang berhujah secara maki hamun.
Disini ada beberapa group yang patut disertai oleh semua pejuang-pejuang Pakatan Rakyat. Nyatakan hujah anda disitu. Berkongsi-kongsilah pendapat anda disitu.
1) Anak Muda Benci UMNO(AMBU)
(Sila klik imej untuk ke group)
Setakat ini jumlah ahli sebanyak 15,314 orang!
2) Kami Benci Saiful Bukhari!
3) Anti-UMNO-Club
4) Sahabat Dato' Seri YAB Nizar Jamaluddin
5) Kami Menentang Perkauman PERKASA
6) Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
dan banyak lagi.
Apa yang saya perhatikan, secara umumnya penyokong-penyokong keris karat(baca UMNO) berhujah secara tidak logik, lemah dan merepek. Mereka berhujah semata-mata kerana bencikan PAKATAN RAKYAT bukannya berhujah secara ilmiah dan berfakta. Kadang-kadang hujah mereka tidak masuk akal. Tetapi syukur kerana penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berjaya mematahkan hujah mereka secara berfakta dan ilmiah. Adakalanya "terkeluar" perkataan-perkataan yang kurang enak tetapi itu timbul kerana terlalu marah dengan perangai dan hujah puak2 BN tersebut. Saya paham dan saya juga pernah merasa keadaan tersebut.
Bagaimana untuk berhujah dengan puak-puak tersebut(baca BN)?
Senang saja. Perbanyakkan bacaan anda dengan melayari blog-blog dan forum-forum politik. Kalau boleh baca kedua-dua blog sama ada blog PRO-Pakatan Rakyat atau PRO-KERA JAAN. Anda akan dapat menilai seterusnya dapat membuka minda anda serta mendapat sedikit ilmu dari pembacaan anda.
Ini sahaja la post saya kali ini. Harap beri manfaat kepada anda. Sekian
TERUSKAN PERJUANGAN ANDA SEKALIAN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment