Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdullillah,bersyukur kehadrat Allah atas nikmat dan kurniaannya kerana kita masih dapat merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Kita juga masih dihidupkan oleh ALLAH untuk menjalani kehidupan serta mengabdikan diri kepada-NYA.
Alhamdulillah juga dipanjatkan kepada-NYA kerana telah diberi kekuatan kepada saya untuk membangunkan blog ini. Secara umumnya blog ini ditubuhkan atas kesedaran kepada suasana politik yang melanda negara sekarang ini, Saya terasa terpanggil untuk menulis dan menterjemahkan apa yang terbuku didalam diri saya. Insyaallah,saya akan menulis secara bertanggungjawab serta beramanah.
Blog ini menyokong sepenuhnya kepimpinan YAB Dato' Seri Nizar bin Jamaluddin sebagai Ketua Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan mengutuk sekeras-kerasnya tindak tanduk BN yang telah "merampas" secara haram Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat. Sesungguhnya rakyat Perak telah memberi mandat mentadbir Negeri Perak secara sahnya kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-12. Jika BN "anak jantan", marilah kita bertanding secara jantan dengan membubarkan DUN Perak.
Inilah saja sedikit penerangan mengenai tujuan penubuhan blog ini. Diharap pembaca semua dapat sedikit manfaat dari blog ini. Sekian
p/s: Pendapat serta pandangan yang terdapat di dalam blog ini adalah pendapat peribadi pihak kami. Jadi, ia bukanlah pendirian dan pendapat kepimpinan Pakatan Rakyat secara rasmi. Harap maklum.
p/ss: Jika ada diantara yang mahu "exchange link" dengan blog ini amatlah dialu-alukan. Jika ada yang mahu meletakkan link didalam blog ini, sila emailkan kepada prharapanbaru@yahoo.com. Tiada bayaran dikenakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment