Kesian aku tengok MP Pasir Salak,Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Dulu menyalak-nyalak menuduh Kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat mengadai tanah kepada kaum cina. Tetapi di belasah teruk olah MP Macang. Sila lihat video dibawah:
Kali ini, dia juga telah menuduh Kerajaan Perak semasa di bawah Pakatan Rakyat menjual tanah kepada Singapura?Sila baca berita dibawah:
"Jual Tanah Ke S'pura, MP P/Salak Dicabar
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) dan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) hari ini mencabar Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang menuduh mereka menjual tanah kepada Singapura agar turut membuat tuduhan yang sama di luar dewan agar tindakan boleh diambil terhadapnya.
Nizar (kanan) dalam satu sidang media bersama Guan Eng (kiri) di lobi Parlimen berkata, Ahli Parlimen Pasir Salak boleh membuat dakwaan itu di luar dewan jika benar-benar ada bukti mengenainya."Kami di sini seolah-olah dijadikan mangsa oleh ahli Parlimen Pasir Salak apabila sewaktu saya tiada di dewan baru-baru ini, Pasir Salak menuduh saya telah terlibat dalam operasi menjual tanah di Perak kepada Singapura.
"Kita mencabar Pasir Salak buat dakwaan yang sama di luar dewan maka kita akan mengambil tindakan supaya kita tunjukkan kebenaran,” ujarnya.
Tajuddin dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini mendakwa Pakatan Rakyat (PR) diketuai Nizar sewaktu menjadi kerajaan negeri telah terlibat dalam operasi menjual tanah dan pasir kepada Singapura dan kepada tauke-tauke Cina di negeri itu.
Oleh kerana Nizar tiada dalam dewan ketika itu, wakil DAP dari Beruas, Ngeh Koo Ham dan wakil DAP dari Taiping, Nga Kor Ming bangun menafikan dakwaan itu.
Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang turut mencabar Tajuddin mengemukakan bukti mengenai dakwaannya itu kerana menurutnya, ia satu tuduhan yang serius.
"Saya juga dituduh bukan sahaja menjual tanah pasir kepada Singapura malah turut dituduh jual tanah kepada kaum Cina di Perak.
"Buktikan mana tanah yang saya jual kepada Singapura, mana dia tanah yang saya jual kepada tauke Cina. Sampai sekarang mereka tidak juga memberi bukti," katanya.
Justeru, beliau berkata, Ahli Parlimen PR ingin menuntut keadilan di atas tuduhan yang sangat dahsyat itu.
"Kami ahli-ahli Parlimen dari PAS, DAP dan PKR ingin menuntut keadilan supaya rakyat sedar kalau inilah mutu ahli Parlimen kita yang membuat tuduhan tanpa bukti, saya rasa ini satu malapetaka kepada rakyat Malaysia," tegasnya.."
Inilah dinamakan menyalak tanpa fakta. Saya tengok dia semenjak dua menjak ni seperti orang tidak betul. Bertindak dan berhujah menggunakan nafsu. Sila baca berita di bawah:
"Kula dakwa MP BN ancam pukulnya
Ahli parlimen Ipoh Barat , M Kulasegaran (bawah, kiri), hari ini mendakwa wakil rakyat Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman, mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen.Sehubungan MP dari DAP itu membuat usul kepada speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya siasatan dijalankan berhubung ancaman itu. "Lima belas minit lepas, semasa saya di luar dewan, tiba-tiba Pasir Salak datang mengancam saya dan nak pukul saya dan mengatakan bahawa saya telah cemar nama baik dia. "Dia beri amaran kepada saya jika saya tidak berhenti, dia akan hantar orang ke kawasan saya pukul saya," katanya sebaik dewan selesai membincangkan isu mengenai insiden kekecohan semalam membabitkan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena). Kulasegaran juga mahu tindakan susulan kerana Tajuddin pernah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beliau di Dewan Rakyat pada tahun lalu.
Ketika diminta mengulas, MP dari BN itu menafikan dakwaan berkenaan. Tajuddin juga mempertikaikan tindakan Kulasegaran menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau. "Buat apa saya nak ugut dia? Saya sekadar marah beliau kerana membuat kenyataan tak bertanggungjawab. Saya dapat maklumat, dia gunakan blog buat tuduhan yang bukan-bukan terhadap saya. "Saya sudah senyap selama ini dengan semua kenyataan bodoh yang dibuatnya di blog. Tadi, semasa saya jumpa beliau, saya kata...hentikan perbuatan sia-sia ini," katanya."
Susulan dari dakwaan itu,
"Ganggu Ipoh Barat: Pasir Salak diberi amaran kerasUlasan KRP:
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memberi amaran keras kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman supaya tidak mengganggu Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.
Beliau sudah memanggil kedua-dua wakil rakyat itu untuk memberi penjelasan terhadap insiden dakwaan ugut yang berlaku Khamis lepas.
Pada Khamis lepas, Kulasegaran mendakwa Tajuddin mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Ahli Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.
Namun, Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.
Selepas sesi soal jawab pagi ini, Pandikar Amin berkata bahawa semasa pertemuan itu, beliau memberi pandangan kepada kedua-dua Ahli Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti Parlimen.
"Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat yang menerima pandangan saya secara positif dan beliau kemudiannya bersetuju supaya tidak mendesak supaya Ahli Parlimen Pasir Salak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan," katanya.(Bernama)"
Macam-macam betul mamat ni..
p/s: cuba lihat gambar dibawah
> jangan main-main dengan dia. Tengok songkok die pon aku dah takut..anda TAKUT tak?:)
0 comments
Post a Comment