Tahukah anda, semasa Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 pada Mac 2008, Barisan Nasional menang kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Hulu Selangor!Dewan undangan negeri yang terbabit adalah Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali. Jadi apa rasionalnya tuduhan anda diatas itu? Sepatutnya anda patut bertanya apa yang telah dibuat oleh ketiga-tiga ADUN dari BN ini. Adakah mereka ada datang melawat kawasan sejak memegang DUN tersebut?Adakah mereka ada mengambil tahu hal-hal seperti yang saudara sebutkan itu?
Dan anda juga jangan lupa bahawa Hulu Selangor adalah milik BN sejak dari PRU-8(1990) dibawah Palinivel. Apa yang dia telah perjuangkan di Hulu Selangor?
Saya mengandaikan bahawa anda hanyalah hendak memburuk-burukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sahaja. Itu saja motif yang saya nampak sekarang ini.


Anda kenal muka-muka ini?Inilah muka-muka yang makan gaji buta!Kalau jumpe sila baling selipar!kahkhakhakahakah..

Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kawasan : ADUN N5 Hulu Bernam


Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kawasan : ADUN N6 Kuala Kubu Baharu

Y.B. Tuan Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kawasan : ADUN N7 Batang Kali


Sila baca berita dibawah:

"Tiga ADUN BN Dalam Parlimen Hulu Selangor Abai Rakyat

HULU SELANGOR 9 APR: Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor memberi ruang kepada penduduk kawasan itu menilai perkhidmatan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.

Tinjauan TV Selangor mendapati penduduk tidak berpuas hati dengan prestasi Adun BN dan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Antara masalah utama yang dibangialah penyelenggaran persekitaran yang mengecewakan dan isu hak pemilikan tanah.

Di Kampung Asam Kumbang, rumput-rumput di sekitar kiri dan kanan jalan atau berhampiran kawasan penempatan tidak dipotong.

Pihak bertanggungjawab dikatakan bekerja sambil lewa. Penduduk bimbang semak-samun ini menjadi tempat pembiakan aedes.

Isu sebegini sewajarnya diberi perhatian serius bukan sahaja oleh PBT, bahkan Adun-Adun BN.

Bagi penduduk di Jalan Padang Golf, Kuala Kubu Bahru pula, dua penduduk yang ditemui meminta supaya pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Mereka meminta supaya kawasan tersebut dijadikan lebih indah dan menarik untuk tatapan penduduk juga orang luar.

Sebaliknya, sikap sambil lewa Adun berkenaan menyebabkan Ahli Parlimen PKR dipersalahkan.

“Yang pertama sekali, kebersihan di kawasan ini yang mustahak sekali sebab rumput pun panjang," katanya.

Dikatakan, lebih kurang lima bulan rumput tidak dipotong tetapi Adun BN dan PBT bertanggungjawab dikatakan tidak mempeduli rungutan penduduk.

“Tangani jalan-jalan raya ini, daripada besar jadi kecik. Tanah sudah dibawa hujan, naik atas jalan tumbuh rumput kecik. Lagi satu , jalan berlopak paip pecah," katanya.

Berlainan pula tinjauan di Taman Damai Utama, Ampang Pecah. Penduduk di situ menghadapi masalah serius berikutan beberapa rumah dinaiki air ketika hujan lebat.

“Longkang tak mampu tampung air hujan, rumah banjir, beberapa sudah panggil orang ambil gambar tapi tidak keluar berita. Kalau hujan lebat, tidak sampai satu jam, rumah banjir dan semua perabot rosak," katanya.

Beliau mengakui bantuan memang diberi apabila berlaku banjir tetapi itu tidak mencukupi untuk hidup dengan selesa dan meminta pihak tertentu membuka mata demi menyelesaikan masalah.

Berlainan pula masalah tanah Felda di Hulu Selangor, mereka tiada tempat meluahkan isi hati yang terpendam, anak-anak Felda bersedia bangkit dari perubahan untuk hak yang sepatutnya dimiliki.

Masalah yang menghantui sekian lama iaitu dinafikan hak tanah yang dimiliki keluarga tercinta untuk diwarisi.

Persatuan Anak Peneroka dan Generasi ke-2 Felda atau ANAK, bersama-sama penduduk Felda Gadangsa, Felda Soeharto dan Felda Sungai Tengi bangkit memastikan mangsa pelan pertanian mega kerajaan pusat ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Penduduk masih mengharapkan janji Kerajaan Pusat pada pilihan raya lalu./TVSelangor"

Inilah hakikat yang sebenarnya!Patut anda tahu perkara ini sebelum terburu-buru menuduh sebegitu rupa.

Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat sejak dari dahulu berusaha ke arah memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Selangor. Buktinya ada. Sila baca disini.


Akhir kata,

Anda bebas untuk menuduh bermacam-macam kepada Kerajaaan Pakatan Rakyat. Tetapi biarlah tuduhan itu berasas dan mempunyai hujah yang sebetulnya. Sekian


p/s: Kami akan pastikan kemenangan di pihak Pakatan Rakyat di Hulu Selangor. Insyaallah!




0 comments

Related Posts with Thumbnails