Kali ni aku nak berbicara mengenai hujah APC. APC adalah satu group yang suka buat fitnah dan kutuk ulama. APC juga adalah satu group yang pengecut dan bacul. Sebab apa aku cakap begitu sebabnya group ini suka banned orang(penyokong PR) terutamanya orang2 yang berjaya menggugat APC. Alasan yang dia bagi untuk banned adalah orang2 yang dia banned tu semuanya tidak reti hujah dan cakap merapu-rapu. Padahal hakikatnya dia yang tak mampu nak counter semula hujah-hujah penyokong PR. Ok la. Sebenarnya bukanlah saya hendak menceritakan tentang kebaculan nya tetapi saya hendak berbicara mengenai post diatas.
Apa yang tertariknya tentang post dia diatas itu adalah kerana post itu telah menampakkan KEBODOHAN admin group itu di tahap maksima. Sebabnya dia hanya pandai mengeluarkan kenyataan yang saya rasa tidak bertanggungjawab dan merapu sahaja. Sekadar menarik perhatian pencacai-pencacai lain untuk berkata buruk kepada TGNA.
Sebelum itu biarlah saya jelaskan mengenai isu ulama. Sebenarnya pentafsiran mengenai siapakah yg dimaksudkan dengan ulama adalah luas. Terdapat pelbagai pendapat dari para ilmuwan ISLAM berkaitan dengan maksud ulama itu sendiri. Saya sarankan kepada APC,kajilah sedikit berkenaan dengan maksud ulama. Barulah anda akan paham dan terbuka minda sedikit. tapi untuk ketika ini terpulang lah samaada anda hendak menerima bahawa TGNA adalah sebagai ulama atau tidak. Kami sikit pun tidak kisah.
Bagi saya secara peribadinya, TGNA adalah seorang yang boleh digelar ulama berdasarkan latar belakang beliau dan perwatakan beliau serta jasa-jasa beliau dalam perjuangan ISLAM di atas platform sebagai pemimpin politik. Anda sendiri boleh kaji sejarah hidup beliau. Bagaimana kehidupan hidup beliau dan sebagainya.
Tetapi tahukah anda bahawa DUNIA telah pun mengiktiraf beliau sebagai seorang ulama. Buktinya, nama TGNA menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Tokoh Muslim Yang Berpengaruh di dunia yang dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center. Mereka pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” pada tahun 2009. Baca betul-betul page tentang TGNA diatas ini. Anda akan menjumpai jawapan nya.
So,jika dengan bukti ini juga anda tidak mahu menerima kenyataan lagi, saya tidak boleh berkata apa-apa . Cuma saya hendak tahu,pengiktirafan yang bagaimana baru anda boleh mengiktiraf seseorang itu sebagai ulama?
Ok la,biarlah saya tinggalkan anda dengan persoalan itu. Sebenarnya yang besar sekali isu disini adalah tuduhan anda iaitu anda mengatakan bahawa sijil Al-Azhar TGNA tidak laku. Anda memberi alasan bahawa kerana selepas TGNA pulang ke Malaysia, TGNA tidak dapat kerja. Ini adalah satu pertuduhan yang tidak berasas.
Sekembalinya TGNA ke Kelantan, beliau telah bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah. Antaranya, Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah di Panchor, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar di Pulau Melaka dan Maahad Muhammadi di Kota Baharu. Pada waktu malam pula, beliau memberi ceramah agama di masjid-masjid(sumber: 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia- keluaran PTS Sdn Bhd, ditulis oleh Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikan Ahmad)
Jadi jelas la disini bahawa anda sengaja mengeluarkan pernyataan sebegitu semata-mata nafsu. Semata-mata untuk memburukkan TGNA. dan paling teruk sekali anda sebenarnya sedang memfitnah. Semoga Allah mengampuni anda.
Sekian.
Mari BODOHkan diri seperti MEREKA..kah kah kah - Bahagian 4
Posted by KuasaRakyat | 5:00 PM | 0 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment