Muhyiddin yang suka menyembabkan dirinya

Posted by KuasaRakyat | 7:11 AM | 0 comments »

Ini sakit mata,

Ini pula mata tak cukup tidur

boleh dirawat dengan ini



Ini pula mat sembab

hanya boleh dirawat dengan yang ini




Jawapan Muhyiddin apabila di tanya:
"Saya dimaklumkan dia dipilih kerana dia banyak duit. Itu maklumat yang saya terima daripada banyak saluran media. Jadi bukan pasal dia boleh berkhidmat ke, siapa yang tidak kenal Zaid Ibrahim, apapun, itu keputusan mereka, kita akan hadapi calon ini," katanya.

Zaid Ibrahim menjawab:

Muhyiddin dicabar isytihar harta bersama Zaid

Calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau sanggup mengisytiharkan hartanya serta-merta sekiranya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet sanggup menyahut cabaran yang sama.

"Sekarang pun boleh (isytihar), esok pun boleh. Tetapi mereka kena isytihar juga," katanya ketika ditanya kesediaan beliau berbuat demikian setelah isu 'kekayaannya' dibangkitkan Muhyiddin semalam.

Menyifatkannya sebagai "tuduhan karut", Zaid turut kelihatan mempersoalkan peranan Muhyiddin sebelum ini - ketika menjadi menteri kabinet - terhadap cadangan perdana menteri pada waktu itu Tun Abdullah Badawi supaya mereka mengisytiharkan harta dan hutang masing-masing.

"Tetapi cadangan Pak Lah ditolak. Jadi Muhyiddin patut jelaskan mengapa?" soalnya kembali sambil mendakwa beliau masih berpegang kepada pendirian lamanya menyokong cadangan tersebut.

Dalam sidang media di Bukit Beruntung semalam, Muhyddin dilaporkan mendakwa PKR memilih Zaid sebagai calon mereka sempena pilihan raya kecil pada 25 April ini kerana bekas menteri di jabatan perdana menteri itu kaya.

Timbalan perdana menteri juga dilaporkan berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, pemilihan Zaid dibuat bukan kerana beliau mampu berkhidmat kepada penduduk setempat.malaysiakini
Ulasan KRP:

Apa lagi, sambut la cabaran Zaid tu. Jangan bagi macam-macam alasan pula

0 comments

Related Posts with Thumbnails