Ketua pemuda PKR Shah Alam keluar parti
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta.
Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti.
Nor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (kanan, berbaju putih) sebagai calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Pemilihan Zaid yang rekodnya sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi serta keadilan yang kami sertai sejak 1999, katanya.
"Kami yakin pemilihan beliau bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang perlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng serta pembela beliau di Parlimen dalam menghadapi kes liwat beliau,'' katanya.
- Bernama
Ulasan KRP:
Seperti biasa,asal ada PRK je akan ada lah malaon2 yang akan keluar parti terutamanya dari parti PKR. Alasan mereka sama saja dari dahulu hingga sekarang. Sian aku tgk depa.
Silakan la keluar. Jangan lupa,jangan keluar sahaja. Baik daftar jadi ahli UMNO macam malaon kotak ini. Masyuk sikit. Publisiti dapat. Duit pun dapat sebab korang nanti akan dipanggil ceramah untuk pentas UMNo. Percayalah.. Kah kah kah kah
0 comments
Post a Comment