[UPDATE]-MURTAD kerana PUTUS CINTA!

Posted by KuasaRakyat | 10:49 AM | 0 comments »

Semalam saya telah keluarkan satu artikel yang agak kontroversi kerana ia melibatkan soal akidah. Alhamdulillah,seorang sahabat blogger telah melakukan siasatan lanjut berkaitan perkara ini.
Hasil siasatan,boleh la baca disini.Akhi Fairuz

Apa yang saya tertarik dalam siasatan ini ialah berkenaan kenyataan dari kawan rapatnya. Menurut nya,kawan nya itu memang mempunyai masalah mental serta telahpun berada dalam kawalan polis dan unit kaunseling. dan dia minta agar perkara ini tidak dihebohkan.

Tengok gambar di bawah:


(Klik untuk besarkan gambar)

Apa yang saya tertarik berkenaan kenyataan saudari yang kedua tu.(ayat yang di BOLD)

MS : Ya..betul...hanya Allah sahaja yang layak MENGHUKUM dan mampu MEMBANTU....tak sanggup akak nak tengok or baca benda ni asy....

TAPI dia tuan punya diri tak payah lah hebah2 kan perkara ni....

semua org ada masalah......ramai lagi org break up....

sedang dlm islam....Kita tak boleh pergi mengintai org sana sini konon nak tau dia zina atau sengaja mengorek keburukkan seseorang (termasuklah ahli politik) untuk tujuan memburukkan org itu...kerana apa yang dibelakang mata kita adalah TUGAS allah swt.

APATAH lagi Bercerita mengenai diri sendiri melakukanya.!
SO...kalo DIA ZINA sekalipun....DIA tak Perlu lah cerita / tunjuk.

Dia membuatkan...org lain seperti kita ni DAPAT DOSA SAMA sebab tak BERTINDAK!!

Kalo ada pegangan agama...InsyaAllah benda mcm ni tak terjadi...
Tuhan jer yang sayang kita setulusnya....manusia mmg akan tinggalkan kita....
kalo dok MAKAN HATI...mestilah JADI GILA....Hukum ALAM....unless he has the psychological issues even before such things that he blames for - But God knows.

And masalah TUKAR AGAMA has nothing to do with PSYCHOSIS Or any PSYCHOLOGICAL OR NEUROLOGICAL ISSUES. Obviously,..IF HE STILL BELIEVE IN ANOTHER GOD- he is normal.

And sorry....Everyone entitled for their opinion...Until I tell mine...No one has proper right to ask me to stop the conversation-and obviously im not even being judgemental...LOGICAL thinking PLEASE.~


Jika difikir,agak betol apa yang telah dikatakan oleh saudari itu(ayat bold ).


Tapi apa-apa pun diharapkan,beliau akan sempat sembuh.


Yang di luar sana tu,yang asyik tengah hangat bercinta perlu ingat!Ingat bahawa jangan terlalu mencintai seseorang.kelak anda akan merana. Jalan yang lebih baik,adalah tidak bercouple. Sebenarnya macam-macam masalah yang timbul disebabkan kerana bercouple. Ini bukan andaian,tetapi fakta.
Sekian.

Murtad kerana putus cinta!

Posted by KuasaRakyat | 4:55 PM | 0 comments »

Cinta boleh membawa ceria.
Cinta juga boleh membawa derita.

Begitulah betapa hebatnya kuasa CINTA.
Ada yang sanggup berkorban apa sahaja kerana cinta. Tetapi sedarkah mereka bahawa,cinta yang tidak berlandaskan syariat ISLAM akan kecundang dan akan membawa bencana yang besar dalam hidup mereka.

Kes murtad yang melibatkan percintaan bukanlah perkara yang asing lagi. Masih ingatkah lagi tentang kes murtad seorang perempuan yang bernama Aisyah Bukhari?Tidak perlulah saya menceritakan semula kes Aisyah Bukhari ini. Kalau yang tak tahu lagi,anda boleh tanya haji lebai google.

Yang terbaru, pengakuan sendiri seorang pemuda yang telah mengaku secara terang-terangan bahawa beliau telah menukar agama. Rentetan cerita yang membawa pengakuan beliau itu adalah disebabkan beliau telah putus cinta dengan seorang gadis!Setelah diamati post-post beliau di facebooknya, nampaknya beliau seperti orang yang tidak waras lagi. Cakap merapu-rapu dan sebagainya dan yang paling teruk adalah mempertikaikan KEWUJUDAN ALLAH!nauzubillah!

Sekarang anda boleh ikuti gambar-gambar post yang sempat saya printscreen. Baca dan nilai sendiri post beliau.
Marilah kita doakan agar beliau sempat bertaubat sebelum ALLAH menjemput beliau dalam keadaan yang hina!



(Klik gambar untuk besarkan)



(Klik gambar untuk besarkan)



(Klik gambar untuk besarkan)



(Klik gambar untuk besarkan)



(Klik gambar untuk besarkan)



(Klik gambar untuk besarkan)



(Klik gambar untuk besarkan)




(Klik gambar untuk besarkan)






UPDATE TERBARU BERKAITAN ISU INI, SILA BACA SINI ==> UPDATE ISU



Nampaknya sejak dua menjak ini,kes pembunuhan jutawan kosmetik terkenal,Datuk Sosilawati hangat diperkatakan. Saya dari sejak awal lagi,telah menyangka bahawa kes kehilangan beliau akan diakhiri dengan kes pembunuhan.Maka betol la apa yang telah saya jangkakan.

Kes pembunuhan ini amat tragis. Mana tidaknya. Mangsa telah dibunuh dan dibakar!Taktik pembunuhan ini dikatakan mampu untuk menutup bukti pembunuhan. Tetapi sepandai pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua.
Nampaknya kes ini,boleh dikatakan hampir selesai. Banyak bahan bukti telah dijumpai.


Hebat jugak PDRM kita ini. Copat je bertindak. Bagus la macam tu kan.
Semoga pembunuh kepada ke-empat empat mangsa tersebut dapat pembalasan yang setimpal dengan perbuatan dia.


Sebelum mengakhiri post ini,............




Pembunuhan ini sapa nak bertanggungjawab pula?



Blog ini KEMBALI BEROPERASI SEMULA!

Posted by KuasaRakyat | 4:03 PM | 0 comments »

Assalamualaikum semua.

Sedar tak sedar,blog ini telah mati hampir 5 bulan!
Lama tak update. Sebabnya terdapat beberapa masalah yang menghalang dari saya untuk update.
Insyaallah,selepas ini,saya akan update semula dengan cerita2 politik tanah air. Diharapkan anda semua dapat follow blog ini semula. InsyaallaH!

Ezam Kotak jadi Senator

Posted by KuasaRakyat | 2:06 PM | 0 comments »

Oit,apesal malaon ni jadi senator plak..


apa sumbangan besar dia yang melayak kan dia jadi Senator?

kalau ikut Malaysiakini:

Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.





Tak kan ini dipanggil pengorbanan yang suci murni dan layak dilantik jadi senator?KAHKAHKAH..


Ok la tu. Selama dia menjadi balaci dan barua UMNO,akhirnya dia diberi ganjaran sebegini rupa.

Berbaloi ke tidak wahai Ezam?

Ulasan KRP:


Setelah PRK Hulu Selangor berlalu,maka banyak penganalisis-penganalisis yang mengeluarkan pendapat masing-masing berdasarkan kejayaan BN di Hulu Selangor.
So,aku tidaklah ingin membuat ulasan mengenai Hulu Selangor. Biarkanlah ia berlalu. Apa yang aku fokus kan sekarang adalah PRK yang akan diadakan di Sibu.

Macam menarik kerana melihat peratus pecahan kaum yang terbesar adalah orang cina. Dan pengundi-pengundi dari kaum itulah yang banyak mengundi PKR dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini.

Tetapi aku tidak la ingin mengatakan bahawa DAP boleh menang senang di Sibu sebabnya melihatkan bahawa mendiang Robert Lau telah memegang kerusi Parlimen Sibu selama 5 penggal!Lama tuuu...

Apa yang aku lihat disini adalah jika DAP hendak menang, maka Pakatan Rakyat perlulah bekerja keras untuk mendapatkan undi orang-orang Iban,Melanau dan orang Ulu.
Oleh itu, dengan kemasukan SNAP didalam Pakatan Rakyat baru-baru ini diharapakan dapat membantu PR untuk menang dalam pilihanraya kecil Parlimen Sibu ini.

Insyaallah berkat kesungguhan para pejuang Pakatan Rakyat, Sibu akan jadi milik kita!


Duit menang di Hulu Selangor!

Posted by KuasaRakyat | 10:38 PM | 0 comments »

Kah kah kah...

MIC menang oii..

Encik Kamal menang oii..
Encik Alan menang laa..
Encik Nathan la menang...

Apapon tahniah diucapkan pada BN..
Tak hairan la.
HAmpir berjuta-juta BN tabur,mustahil la BN akan kalah..
tapi sian tengok BN..
Tabur juta-juta pon,majoriti takde la besar mana pon..

seperti yang aku kata dalam post2 aku..

Kekalahan dalam pilihanraya perkara yang biasa bagi kami. Apa nak kisah.

Kalau kami menang,kami amat gembira dan bersyukur. Kalau kalah,kami redha.

Setiap kali pilihanraya,kami bukan saja berdepan dengan BN tapi juga berdepan dengan SPR dan tohmahan Media 24 jam non-stop tanpa langsong diberi peluang untuk memperjelaskankan perkara sebenar.

Ini hakikatnya.

PAPA GOMO pengikut DAJJAL yang SETIA

Posted by KuasaRakyat | 2:25 PM | 0 comments »

Baru tadi aku berjalan-jalan ke blog papagomo. Aku baca la post2 dia. Nak taw la apa yang dia cuba mengarut dan fitnah. Aku terjumpalah post ini:


Aku sangsi dan pelik. Bila masa pulak TGNA dah sampai ke Hulu Selangor plak sebelum solat jumaat.? Sedangkan Tok Guru sampai ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 4:15 petang.



Dan menurut Sahabat aku pula,setakat jam 7.57p.m,dia masih lagi menanti kehadiran TGNA dan Zaid Ibrahim untuk sidang media di KKB.






SAH la,PAPA GOMO kaki fitnah dan pengikut DAJJAL yang sebenar. Tak abes-abes mengeluarkan fitnah yang mengarut-ngarut semata-mata nak burukkan pemimpin-pemimpin Pakatan. Aku tak tahu la yang ada dalam diri PAPA GOMO ni. Semacam tidak bersalah langsong mengeluarkan fitnah tersebut. Semoga banyak-banyak la bertaubat sebelum mampos. Ko tahu tak,dosa fitnah lebih dari membunuh.

BAGAN SERAI – Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dirinya sebagai Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Bagan Serai dan mengumumkan keluar parti itu semalam, menimbulkan kontroversi daripada PKR bahagian itu.

Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai, Rashimah Mohd Rashid berkata, pihaknya tidak pernah melantik Roshanita Mohd Basir sebagai Timbalan Ketua Wanita PKR atau apa-apa jawatan.

Menurutnya, jawatan Timbalan Ketua PKR Bahagian Bagan Serai masih kekal disandang oleh Addlin.

“Permohonan Roshanita untuk menjadi ahli OKR di Cabang Bagan Serai juga tidak pernah diluluskan oleh pusat. Oleh itu, dia tidak pernah menjadi ahli PKR Cabang Bagan Serai sehingga tarikh dia mengisytiharkan dirinya keluar parti.

“Pengakuannya menjadi Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai adalah tidak benar. Dia sengaja menggunakan jawatan ini untuk kepentingan peribadinya,” katanya.

Sementara itu, Addlin berkata, PKR Cabang Bagan Serai tidak menghantar notis Mesyuarat Agung Wanita pada 27 Mac 2010 kepada Roshanita kerana menganggap beliau bukan ahli.

“Saya cabar supaya menunjukkan bukti beliau adalah ahli Cabang PKR Bagan Serai jika benar dakwaan kepada pihak media kelmarin.

Ketua Penerangan Wanita PKR Cabang Bagan Serai, Salasiah Ismail pula berkata, kenyataan suami isteri dalam media semalam, kononnya tidak hendak wang ringgit adalah hipokrit.

“Mereka tidak sepatutnya melakukan hal demikian kerana akan mencemar maruah mereka sendiri,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Bagan Serai, Zainal Rasmim pula berkata, mereka tidak pernah kenal Roshanita dan kenapa dia berani mengaku sebagai Timbalan Ketua Wanita PKR Bagan Serai-sinarharian-


oit..kahkahkahkahkah..
malu la oii..
rahsia maloan ni dah terbongkar..
dia tidak pernah pun jadi ahli PKR apatah lagi pegang jawatan timbalan ketua Wanita Bagan Serai..
macam mana dia mengaku keluar PKR..kahkahkahkahkah..

Sian. Inilah perangai paling jijik sekali. Buat malu oii..tak dak maruah punya orang..




Roshanita paling kanan sekali..Kalau jumpa dia,mintak dia isi borang ahli UMNO. Nanti tak de malu kalau nak keluar UMNO plak..kahkahkahkahkha

2 ekor katak bebas tuduhan rasuah

Posted by KuasaRakyat | 4:37 PM | 0 comments »



Tuduhan rasuah: Dua bekas exco dibebaskan
Apr 23, 10 12:43pm
Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak dan tiga individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri.

Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta.


Ulasan KRP:

Seperti yang aku jangka,2 ekor katak ni akhirnya terlepas juga dari tuduhan rasuah tersebut. Maknanya betol la teori sebelum2 ni mengatakan bahawa mereka keluar dari PKR kerana mahukan pertuduhan ke atas mereka digugurkan. Sememangnya kita sudah maklum,sistem kehakiman negara kita memang ternyata dipegang oleh Kerajaan. Sistem kehakiman kita tidak bebas. Double standart. Apa pun semoga 2 ekor katak ni sedar bahawa mereka telahpon mengkhianati pengundi2 yang mengundi mereka dalam PRU-12 dahulu.

Mahadet turun padang tolong kempen BN

Posted by KuasaRakyat | 12:40 AM | 0 comments »


Ayyo,apa nak jadi. Mana maruah kamu wahai Mahadet? Bukankah puak-puak tu yang mahu kalung selipar dekat gambar lu?kahkahkahkah..



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor yang akan mengundi Ahad ini, supaya memilih calon BN.

Mantan perdana menteri itu berkata ini adalah kerana terbukti BN mampu membawa pembangunan dan perubahan ke kawasan mereka dan seterusnya memantapkan lagi taraf hidup rakyat di situ.

"Negara kita aman dan tenang, walaupun kita telah mencapai banyak kemajuan di kawasan bandar, banyak lagi yang perlu dilakukan di kawasan luar bandar, " katanya ketika berceramah untuk pilihan raya tersebut di Serendah.

Beliau berkata negara telah mencapai kemajuan kerana pemerintahan BN, kerana pemimpin perikatan tersebut bekerja untuk kemajuan negara dan bukan untuk kepentingan individu.

"Bila kita majukan negara semua mendapat faedah dan ini terbukti hanya boleh dilakukan oleh BN," katanya.




Masih kah kau ingat?kehkehkeh..

Kempen: BN layan Orang Asli sampai mabuk

Posted by KuasaRakyat | 12:26 AM | 0 comments »


Sekumpulan pemimpin Orang Asli tengah hari tadi tampil mempersoalkan jentera Umno/BN melambakkan aktiviti hiburan pada setiap malam demi melalaikan Orang Asli terhadap realiti hidup masing-masing di tanah air.

"Dia (BN) guna hiburan dari pukul 8 malam hingga jam 11 malam, selepas itu dia (BN) bagi duit, layan Orang Asli sampai mabuk-mabuk, kami (sukarelawan) susah nak kawal," ujar Uday Kadir, 45.

Menurut Nurul Jazelin, 52, sukarelawati Orang Asal dari Rompin pula mempersoalkan kempen BN menggunakan duit ke atas juvana Orang Asal.



"Anak-anak Orang Asal di Hulu Selangor diajar dengan duit, bila kami turun berkempen, anak-anak Orang Asal berjumpa kami dan minta duit saja," ujarnya.

Akibatnya, menurut beliau, mengakibatkan Orang Asal tidak lagi berpegangan hidup seperti sebelum berlangsungnya pilihan raya kali ini.

"JHEOA menggunakan kanak-kanak Orang Asal ini dengan mengajar mereka tentang duit-duit sahaja sehingga mereka tidak seperti dulu,” katanya.

Melihat penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan JHEOA di sini, Ramli Rugam, 28, pula dalam nada menyindir menganggap JHEOA seakan menjadi parti komponen baru dalam BN.

"Saya dapati di sini sudah ada parti baru, JHEOA di Serendah," ujarnya.-harakahdaily-

Tengok la perangai dajjal BN. Apa nak jadi lah. Malu la sikit. Kalau anda tu tak mahu ikut ISLAM,jangan la sesatkan orang lain. Jangan lalaikan orang lain.

Klik sini untuk baca selanjutnya.

Peneroka taruh harapan kepada Zaid

Posted by KuasaRakyat | 3:13 PM | 0 comments »


HULU SELANGOR, 22 April: Para peneroka menaruh harapan dan melahirkan keyakinan bahawa calon Pakatan Rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim mampu menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi sekiranya diberi kepercayaan sebagai ahli Parlimen Hulu Selangor.

Berbekalkan pengalaman sebagai peguam yang mempunyai syarikat guaman terbesar di negara ini selain pernah menganggotai kabinet kerajaan Pusat, Zaid berkemampuan untuk mengatasi masalah pemilikan tanah peneroka Felda yang sebahagian lagi belum diselesaikan.

Di samping itu, Zaid juga diharapkan dapat mencari punca dengan sikap pengurusan Felda yang mengenakan bayaran sekitar RM340 hingga RM380 untuk mendapatkan geran sebagaimana yang berlaku di Felda Sungai Tengi peringkat dua.

Musa Anang, 65, (kiri) dari Felda Sungai Tengi mempersoalkan pengurusan Felda mengenakan bayaran kepada peneroka untuk mendapatkan geran hak milik.

“Peneroka di sini dikenakan bayaran untuk mendapatkan geran, kalau tak bayar tak dapat. Tapi di Felda Sungai Tengi peringkat satu dan tiga tidak dikenakan bayaran,” ujarnya yang menjadi peneroka di situ sejak 1972.

Menurutnya, berdasarkan perjanjian asal, tiap-tiap hak milik tanah berkenaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan tindakan pihak Felda yang menentukan bayaran itu.

Rakannya, Mohd Ali, 65, (kanan) mengakui telah mendapat geran hak milik tanpa sebarang bayaran.

“Perkara ini mesti dijelaskan oleh pihak Felda,” ujarnya yang tinggal di peringkat satu sejak 1973.

Baginya, rakan-rakan di peringkat dua yang membayar untuk mendapatkan hak milik itu mungkin mempunyai kepentingan tertentu, mislanya untuk mengusahakan tanah berkenaan.

“Tetapi mengapa dikenakan bayaran sedangkan saya pun mendapat hak milik tanpa diminta bayaran,” ujarnya.

Nordin Saari, 49, (kiri) pula berharap Zaid dapat memainkan peranan supaya bayaran yang dikenakan oleh Felda kepada para peneroka terbabit dikembalikan semula.

Baginya, sekiranya calon Pakatan Rakyat itu diberikan peluang mewakili rakyat termasuk peneroka di Hulu Selangor, perkara itu dapat diketengahkan kepada pihak berkenaan.

“Saya rasa Zaid dapat menyelesaikan masalah ini, kami nak balik bayaran kami,” ujarnya.

Hasrat para peneroka berkenaan adalah selaras dengan tiga agenda perubahan yang ingin dilaksanakan oleh Zaid di Parlimen Hulu Selangor sekiranya dipilih pengundi ke Dewan Rakyat.

Pada satu sidang media beberapa hari lepas, beliau bercadang mengajak kerajaan negeri bertindak campur tangan dalam menghadapi birokrasi Felda, iaitu badan berkanun di bawah Pusat bagi menyelesaikan masalah pemilikan tanah peneroka Felda di kawasan itu.

Zaid bersedia untuk memastikan para peneroka Felda terbabit mendapat hak pemilikan tanah yang sepatutnya diperolehi.

Bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mampu memberi nilai tambah kepada PKR, Pakatan Rakyat Selangor dan kerajaan negeri sendiri.

"Nilai tambah yang perlu dan boleh dilakukan oleh Zaid ini, beliau bukan sahaja boleh membawa isu penafian hak peneroka Felda ke Parlimen, boleh memberitahu kaedah-kaedah dan cara-cara untuk menyelesaikan isu tanah menggunakan jalan perundangan," jelasnya pada sidang media bersama Zaid itu.

Justeru, berdasarkan pengalaman serta kebolehan calon Pakaran Rakyat itu berbanding calon BN, Kamalanathan, baginya tidak ada sebab bagi rakyat untuk tidak memilih Zaid pada Hari Mengundi, Ahad ini.-harakahdaily-

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu wawancara dalam program "Good Morning America's" telah mengesa supaya negara-negara yang mengeksport gasoline ke negara Iran supaya menghentikan dan mengenakan sekatan gasoline kepada negara Iran.

In an exclusive interview with "Good Morning America's" George Stephanopoulos, the Israeli prime minister said the possibility that Iran could develop a nuclear weapons program is the "biggest issue facing our times."
"If you stop…Iran from importing…petroleum, that's a fancy word for gasoline, then Iran simply doesn't have refining capacity and this regime comes to a halt. I think that's crippling sanctions," Netanyahu said..
Jelas bahawa, Malaysia telah mengenakan sekatan petrolium ke Iran sejak Mac lagi. Ini adalah seperti yang telah saya laporkan sebelum ini di dalam post saya yang terdahulu. Sila klik sini. Jadi Malaysia telah menyahut seruan Zionis Laknatullah semata-mata mahu mendapat pengiktirafan dari Amerika. Saya kira itu sebablah Malaysia dijemput menghadiri Sidang Nuklear baru-baru ini. Nampaknya inilah sebenarnya rupa wajah pemimpin kita. Sanggup bersekongkol dengan Israel Laknatullah!


Kepada Najib!Lihat muka-muka di bawah ini. Mereka adalah pejuang-pejuang Palestin yang berjihad menentang Zionis Laknatullah!Mereka berjihad semata-mata ingin menegakkan agama ALLAH!Tergamak kamu menyokong Zionis Laknatullah semata-mata ingin mendapat pengiktirafan Amerika dan Zionis?Celaka lah orang-orang seperti kamu!





As-Syahid Rantisi dan As-Syahid Ahmad Yassin

KUALA LUMPUR, 20 April: Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu.
Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.
Menurutnya, setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepaercayaan kepada Khalid.
"Dari sudut Islam, apabila khalid Ibnu Walid memeluk Islam dan beriman kepada Allah S.W.T., perkara ini yang dimainkan oleh kafir Quraisy dengan mencungkil balik sejarah buruk Khalid.
"Kita tahu Khalid merupakan orang yang bersungguh-sungguh ingin membunuh nabi sehingga masa peperangan Uhud, yang memimpin perang di kalangan kafir Quraisy ialah Khalid dan beliau bersiap sedia dengan pedang untuk membunuh Nabi.
"Tapi setelah beriman dia menjadi sahabat kanan Rasulullah s.a.w. dan orang yang dijamin syurga. Kedudukan ini yang diperoleh oleh Khalid dengan taubat dia dan sebagainya, maka kafir Quraisy bertindak menyerang peribadi beliau," katanya.
Taib mempersoalkan sikap pemimpin Umno/BN yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan kafir Quraisy dan melakukan perkara yang sama dalam kempen mereka untuk memenangkan calon BN di Hulu Selangor.
"Bagi saya apa yang dimainkan oleh Umno dengan menyerang Zaid secara peribad, ini adalah rentak tari lama yang dimainkan oleh musyrikin. Oleh itu, para pengundi boleh bertanya, apakah Umno dan Barisan Nasional hari ini sama juga perangai dengan musyrikin dulu?”
"Apakah mainan Umno semacam ini, orang Melayu dan orang Islam boleh berpegang kepada perbuatan ini dan adakah orang Umno seronok sangat dengan rentak tari yang dimainkan oleh musyrikin dahulu?" soalnya.
Beliau juga berkata, Zaid sendiri telah mengaku kesalahan dan sewajarnya sebagai orang Islam berbaik sangka dan menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka.
"Sekarang ini Zaid sendiri mengaku dan dia pun dah insaf jadi dalam konteks itu secara baik sangkanya. Kita sebagai muslim bahawa kita yakin bahawa beliau telah bertaubat kepada Alah dan jika Allah membuka pintu taubat kepada semua orang, kenapa kita tidak boleh terima secara rasional," katanya lagi.
Beliau turut mempersoal Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mewar-warkan membela nasib Melayu tetapi menyokong calon MIC di Hulu Selangor.
"Mana letak duduk Perkasa yang menyokong orang Melayu. Dalam hal ini dia menyokong MIC.
"Apa yang ada pada kredibilti Perkasa. Untuk mendapatkan sokongan Melayu, mereka mendendangkan lagu Melayu tapi dalam meraih politik BN mereka menyokong MIC," katanya.


Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.

Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan. Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April. Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak. Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan. Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.-mkini-



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku bersalah atas dua tuduhan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dan bersubahat dengan isterinya, pelaon Zizie Ezette Abdul Samad berkahwin tanpa kebenaran pendaftar.

Zizie pula menghadapi dua tuduhan melakukan kesalahan sama di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu ketika bernikah di rumah no 12, Jalan TC 2b/3, Cemerlang Height, Taman Melati, Gombak, dekat sini, jam 8.50 malam, 16 Disembar 2009 lalu.
Mereka didakwa mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor dan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kecua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 18 Mei ini untuk kedua-dua tertuduh mengemukakan rayuan secara bertulis sebelum menjatuhkan hukuman.


2 Calon Bebas tarik diri

Posted by KuasaRakyat | 11:50 PM | 0 comments »

Hulu S'gor: BN lwn PKR, 2 calon Bebas tarik diri

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor Ahad ini akan menyaksikan perebutan satu lawan satu antara calon BN dan PKR selepas dua calon Bebas menarik diri hari ini.

Siang tadi, V S Chandran mengumumkan diri, diikuti oleh seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengesahkan Johan Mohd Diah telah menarik diri.

Berikutan itu, calon BN, P Kamalanathan akan berdepan dengan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim Ahad ini.

Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya dari PKR, Datuk Zainal Abidin Ahmad bulan lalu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Johan menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Lewat petang tadi Johan, yang juga AJK Pemuda Umno Bahagian Shah Alam, mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam, antara lain mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya.

Wan Ahmad Wan Omar berkata calon yang berhasrat menarik diri daripada bertanding perlu berbuat demikian selewat-lewatnya 12 tengah malam ini.-malaysiakini-






Ulasan KRP:

Pelik. Mengapa mereka menarik diri?Adakah takut disebabkan keahlian mereka dalam parti masing-masing di gantung?Tidak mungkin sebabnya mereka hadir juga untuk menyerahkan borang pencalonan dan mereka mesti tahu mereka bakal berdepan dengan tindakan tersebut sekiranya bertanding. Apa-apa pon tunggu dan lihat saja.

Perangai bangsat puak DAJJAL UMNO!

Posted by KuasaRakyat | 9:57 PM | 0 comments »

Maaf atas tajuk yang kurang sesuai ini. Sebabnya aku terlampau marah disebabkan perangai dajal puak2 UMNO yang membuat fitnah yang melampau-lampau melangkaui batasa-batas sebagai orang ISLAM. Memang celaka para pembuat fitnah ini!

Sila lihat gambar dibawah:




Inilah bukti perangai bangsat puak2 dajal UMNO. Sebelum ini terdapat juga gambar beliau yang di edit seolah2 beliau minum arak.






Semoga ALLAH melaknat orang-orang yang yang membuat fitnah ini. Itu saja doa aku kepada mereka.

Gambar2 ini dikeluarkan oleh blog kaki fitnah GAP dan PISAU.
Dikabarkan oleh sumber gap, ada 8 keping gambar dan satu video 8 minit melibatkan '3 pemimpin pkr' dalam keadaan yang cukup 'memalukan' sudah ada dalam tangan mereka.

Aku nak tunggu dan lihat gambar2 tersebut. Kalau berani keluarkan semua beb! aku nak tgk apa mereka fitnah lagi!

Pejuang UMNOngok?

Posted by KuasaRakyat | 2:40 PM | 0 comments »

Inilah adalah wajah-wajah pejuang ISLAM yang berani memperjuangkan agama ALLAH. Mereka berjuang semata-mata mahu melihat agama ALLAH tertegak





Yang ini pula?


Tidak ada pa yang perlu dihiraukan. Mangkok-mangkok ini hanyalah pejuang-pejuang ketuanan melayau sahaja. Mereka tak berani nak memperjuangkan agama ISLAM. Inilah samseng-samseng UMNOngOK...kah kah kah kah

Kenal malaon ni?Malaon ini adalah seorang nama calon yang tersenarai untuk bertanding sebagai calon untuk PRK Hulu Selangor. Tetapi namanya tak terpilih.

Satu je aku nampak orang-orang yang keluar PKR ini. Semuanya mempunyai alasan yang sama. Untuk malaon ini,alasan dia adalah:

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."
Nampak kan?Alasan yang sama. Tapi aku nak tanya malaon ini. Anda mengatakan tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Kenapa baru sekarang mahu keluar PKR?Kenapa anda keluar PKR setelah anda tidak terpilih sebagai calon untuk PRK Hulu Selangor ini?Sejauh mana pun penafian anda bahawa anda keluar bukanlah sebab kecewa,orang ramai dapat menilai bhai. Mengaku jela.

Apapun,aku rasa malaon ini akan bertanding untuk sebagai calon UMNO untuk PRU-13 di Hulu Selangor. Percayalah.


Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini membidas Barisan Nasional yang menyerangnya secara peribadi.

Katanya, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di sebuah perkampungan estet India di Kerling di Hulu Selangor.

Zaid berkata apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

“Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah," katanya.

Bekas menteri itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog.

Malah, semalam Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa oleh BN dalam kempen mereka.

Tetapi katanya, perkara itu dilakukannya ketika masih muda dan beliau kini sudah insaf.

Pilihan raya kecil 25 April ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Zaid, calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan dan dua calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Md Diah.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.-malaysiakini-

Ulasan KRP:

Alhamdulillah...Zaid Ibrahim dah mengaku dan insaf akan kesilapan beliau. Beliau tidak mahu lagi terus menerus hidup dalam keadaan yang dosa. Syukur la sebab dia dah insaf. Jadi cubaan tu puak2 malaon gerombolan untuk burukkan Zaid Ibrahim tidak kesampaian. Jadi nasihat saya untuk puak2 gerombolan malaon,cari la isu yang lebih besar lagi. Tidak perlu la menyerang peribadi Zaib Ibrahim lagi.







tengoklah perngai bangsat puak2 keris karat ini. Aku tak kisah sgt pasai ayat tu. Tapi gambar tu. Provokasi murahan dan gambar itu di edit atas sebab nak malukan calon.


Ketua pemuda PKR Shah Alam keluar parti

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta merta.

Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti.




Nor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (kanan, berbaju putih) sebagai calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Pemilihan Zaid yang rekodnya sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi serta keadilan yang kami sertai sejak 1999, katanya.

"Kami yakin pemilihan beliau bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang perlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng serta pembela beliau di Parlimen dalam menghadapi kes liwat beliau,'' katanya.

- Bernama



Ulasan KRP:

Seperti biasa,asal ada PRK je akan ada lah malaon2 yang akan keluar parti terutamanya dari parti PKR. Alasan mereka sama saja dari dahulu hingga sekarang. Sian aku tgk depa.

Silakan la keluar. Jangan lupa,jangan keluar sahaja. Baik daftar jadi ahli UMNO macam malaon kotak ini. Masyuk sikit. Publisiti dapat. Duit pun dapat sebab korang nanti akan dipanggil ceramah untuk pentas UMNo. Percayalah.. Kah kah kah kah


Related Posts with Thumbnails